Latar Belakang RNDNC ENTERPRISE


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk pengetahuan semua,


RNDNC Enterprise adalah satu syarikat yang beroperasi sejak tahun 2015 dalam industri benih cendawan. Kami mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan pada mulanya tetapi setelah beberapa tahun,kami melebarkan sayap syarikat kami lebih meluas ke semua negeri di Malaysia dan jika berpeluang kami ingin melebarkan sayap hingga ke luar Negara.


Syarikat kami mempunyai pengalaman dalam menghasilkan benih cendawan tiram putih dan tiram kelabu selama 3 tahun. Kami memiliki makmal R&D di Arau,Perlis. Di Arau,adalah tempat,syarikat kami beroperasi dan proses pembiakan benih berlaku di sini.


RNDNC Enterprise mempunyai jaringan kolaborasi dengan penyelidik daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Kolaborasi ini sudah berlaku sejak dari awal penubuhan syarikat ini.


Antara motif atau tujuan kami menubuhkan syarikat ini adalah untuk membantu pengusaha cendawan tiram di Malaysia supaya memperoleh benih cendawan tempatan.


Selain daripada jualan benih cendawam tiram,kami juga memberi khidmat nasihat berkaitan penanaman cendawan tiram melalui bengkel-bengkel yang kami sediakan.



Jom para pengunjung Blog Cendawan Perlis!!!!!

Dapatkan BENIH CENDAWAN TIRAM dari RNDNC ENTERPRISE

untuk tanaman cendawan secara komersil dan juga di rumah...!!!


Comments

Popular posts from this blog

Cerita Cendawan

Benih Cendawan

Bengkel Penanaman Cendawan 2017