Posts

Showing posts from July, 2017

Bengkel Penanaman Cendawan 2017

Image
Kami akan mengadakan Bengkel Penanaman Cendawan Tiram untuk tahun ini. Ia mempunyai dua siri iaitu Siri 1 dan Siri 2. Untuk pengetahuan anda,Siri 1 adalah bengkel untuk teknik penghasilan benih cendawan dan Siri 2 pula, penanaman cendawan dalam bangunan dan aplikasi rangsangan fizikal dalam penanaman cendawan. Untuk maklumat lanjut ada di bawah ini. Untuk maklumat yang lebih terperinci tentang bengkel boleh berhubungi dengan: Dr. Zarina : 017-5487772 Shifern       : 017-6321918 Atikah        : 011-15137727

Cerita Cendawan

Image
Kulat yang juga dipanggil cendawan tiram mempunyai nama saintifik tersendiri iaitu Pleurotus ostreatus. Ia merupakan salah satu jenis kulat yang boleh dimakan dan kebanyakkannya ditanam di Asia sejak dahulu kala lagi. Sekarang,kulat ini sudah ditanam secara komersial di seluruh dunia. Cendawan tiram ini selalu digunakan dalam masakan China dan Jepun sebagai makanan istimewa dan sedap dimakan bersama kicap. Alam: Kulat Filum: Basidiomikota Kelas: Homobasidiomikota Order: Agaricales Famili: Tricholomataceae Genus: Pleurotus Spesies: P. ostreatus Nama binomial: Pleurotus ostreatus Champ. Jura. Vosg. 1:112,1872 Cendawan tiram ini banyak didapati dalam hutan yang beriklim hawa sederhana dan subtropika di seluruh dunia. Cendawan ini merupakan sejenis saprofit yang bertindak sebagai pengurai utama kayu. Cendawan tiram merupakan sumber semulajadi dadah statin. Kajian mendapati ia mengandungi lebih kurang 0.4% hingga 2.7% statin (berat kering). Cendawan in...

Benih Cendawan

Image
Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog kami... Syarikat kami adalah pembekal benih cendawan tiram kelabu yang terletak di Arau,Perlis. Untuk pengetahuan anda,kami menghasilkan benih cendawan yang menggunakan teknik kultur tisu untuk memastikan ianya berkualiti tinggi berbanding benih yang diperoleh dari Negara jiran,Thailand. Malah harga benih syarikat kami lebih berbaloi berbanding yang lain. Pendek kata, benih cendawan buatan Malaysia adalah lebih baik daripada mengimport benih dari luar Negara. Tambahan pula, Negara kita sedang menjalankan kempen beli barangan buatan Malaysia. Oleh itu ,kita perlulah memberi sokongan dan membantu Negara dalam mencapai targetnya. Benih Cendawan Kelabu RM 3.00 (200 gram) - Tidak termasuk harga penghantaran- Kami juga menyediakan perkhidmatan pos kepada pengusaha cendawan yang ingin menempah benih cendawan daripada kami. Untuk menempah: WhatsApp: 017 54877772 ( Zakaria bin Ideris,Pengurus RNDNC Ente...

Latar Belakang RNDNC ENTERPRISE

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera Untuk pengetahuan semua, RNDNC Enterprise adalah satu syarikat yang beroperasi sejak tahun 2015 dalam industri benih cendawan. Kami mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan pada mulanya tetapi setelah beberapa tahun,kami melebarkan sayap syarikat kami lebih meluas ke semua negeri di Malaysia dan jika berpeluang kami ingin melebarkan sayap hingga ke luar Negara. Syarikat kami mempunyai pengalaman dalam menghasilkan benih cendawan tiram putih dan tiram kelabu selama 3 tahun. Kami memiliki makmal R&D di Arau,Perlis. Di Arau,adalah tempat,syarikat kami beroperasi dan proses pembiakan benih berlaku di sini. RNDNC Enterprise mempunyai jaringan kolaborasi dengan penyelidik daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Kolaborasi ini sudah berlaku sejak dari awal penubuhan syarikat ini. Antara motif atau tujuan kami menubuhkan syarikat ini adalah untuk membantu pengusaha cendawan tiram di Malaysia supaya memperoleh ben...