Cerita Cendawan

Kulat yang juga dipanggil cendawan tiram mempunyai nama saintifik tersendiri iaitu Pleurotus ostreatus. Ia merupakan salah satu jenis kulat yang boleh dimakan dan kebanyakkannya ditanam di Asia sejak dahulu kala lagi. Sekarang,kulat ini sudah ditanam secara komersial di seluruh dunia. Cendawan tiram ini selalu digunakan dalam masakan China dan Jepun sebagai makanan istimewa dan sedap dimakan bersama kicap.

Alam: Kulat
Filum: Basidiomikota
Kelas: Homobasidiomikota
Order: Agaricales
Famili: Tricholomataceae
Genus: Pleurotus
Spesies: P. ostreatus

Nama binomial:
Pleurotus ostreatus
Champ. Jura. Vosg. 1:112,1872

Cendawan tiram ini banyak didapati dalam hutan yang beriklim hawa sederhana dan subtropika di seluruh dunia. Cendawan ini merupakan sejenis saprofit yang bertindak sebagai pengurai utama kayu.
Cendawan tiram merupakan sumber semulajadi dadah statin. Kajian mendapati ia mengandungi lebih kurang 0.4% hingga 2.7% statin (berat kering).

Cendawan ini adalah salah satu cendawan maging kerana terdapat struktur yang dikenali sebagai mycelia yang bertujuan membunuh dan mencerna cacing gelang dan ia kerana untuk memperoleh nitrogen.

Khasiat cendawan tiram untuk tubuh badan:


1. Ia dapat mengawal pengedaran darah dan anti thrombotik.

2. Ia dapat merendahkan tekanan darah.
3. Ia dapat mengurangkan kandungan glukosa dan lipid.
4. Ia dapat meningkatkan sistem imuniti bagi melawan jangkitan virus dan 
     bakteria
5. Ia dapat menghalang pertumbuhan tumor.


Comments

Popular posts from this blog

Benih Cendawan

Bengkel Penanaman Cendawan 2017